salji


Isnin, 24 Disember 2012

Views

AZAM tahun baru :]



-->Azam 2013 aku<--

nak belajar rajin2x + nak tolong mom :)
kalau boleh xnak tinggal solat , nak cukup lima waktu , :) INSYAALAAH
nak siapkan semua tutorial yang lect kasi ,, xmoa da malas
nak fokus tyme lect mengajar ( nak homat lect selalu), xmoa jadi macam taon2  yang lepas _ banyak 'tido' jea dalam kuliah ,, hehe :P
xmoa jadi budaq pendiam  bodoh sombong :)),, nak tanye lect or kawan kalau xpaham
xmoa ponteng tuto & kuliah
nak hadir kat kuliah selalu ,, kecuali demam or sakit :>
xmoa sibuk texting jew,, bace buku lagi penting
nak kurangkan berFacebook ,, nak lebihkan berTextbook :))
nak banyakkan membace buku , n nak kurangkan menonton televisyen :> hehe,, kalau bolehla
nak kurangkan makan makanan ringan , nk lebihkan makanan yang bekhasiat sahaja :> baru sehat ^^
xmoa melawan cakap ma n abah + nak jadi anak yang baek :))
buat baek dengan orang ,, xkire yang tua mahupom mude
banyakkan  buat study group,, bincang dengan kengkawan :)
 
hoho ^^ ,,  sempena nak masuk taon baru ni  update awal2 larh,, urmm,, hopefully AZAM baru aku nii tercapai,, mulakan dr skrang pon boleyh . bende bek xley tggu lame2 right ?
  btw, banyak x AZAM tahun baru aku ?? aku selalu azam bende yang same stiap tahun tau ,,tapi azam aku xpenah tercapai sepenuhnya , hanye separuh jea :))
Tape kan kalau kite ad niat yang baek untuk berubah ?maybe Allah berkati niat kite neh :>
sesungguhnye, manusia tidak penah lari dari membuat kesilapan,, macam aku gak  :]
 
Views

rahsia disebalik awal huruf nama kita... allahua'lam... sifat manusia sering berubah-rubah...


Hello peeps :) harini takde idea, so saya nak post entry "rahsia disebalik nama"
Hopefully you ouls enjoy it! :D

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda. 
 

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung. 
 

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 
 

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain. 
 

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka. 
 

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja. 
 

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun. 
 

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi. 
 

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. 
 

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. 
 

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri. 
 

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
 

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.  
 

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri  
 

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman. 
 

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros. 
 

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi. 
 

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.  
 

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak. 
 

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah. 
 

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.  
 

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
 

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan. 
 

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya. 
 

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


 
 
Views

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.



Views

Koleksi Cerita Lawak Pendek

Salam pembaca blog. Hari ini kita kurangkan stress dengan koleksi cerita lawak pendek yang saya pinjam dari rakan blogger dan sumber lawak semasa. Harap boleh tersengih sikit lepas ini.
Lawak 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Lawak 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Lawak 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Lawak 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Amin terpandang Shan sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian darah.
Amin : Awak takut ke?
Shan : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Shan, Amin menangis.)
Shan : Eh, kenapa pula awak menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian air kencing..
Lawak 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Lawak 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Lawak 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…(flash=petir)



Views

5 cara hilangkan stress paling berkesan !


# First
makan makan makan. jyeahhh! i love food. ada orang yang tak suka makan ke kat sini? rasa macam takde jeh. haa ! ni lah cara utama ezziey hilangkan tekanan. Subhanallah. kalau dah dapat makan tuh, rasa macam terbang je tekanan tekanan ni semua. orang selalu kata "kau dah gemuk sekarang, ezziey" dorang tuh tak tau ezziey stress sebenarnye. thats why la badan I naik macam tong ni. kalau time stress tuh dapat pulak benda benda manis macam coklat , aiskrim .dan yang paling syok makanan tuh semua FREE . phewww ~ nikmat makan tuh . fuhh . memang tak leh nak cakap lah .

# Second
tidur tidur tidur . rock baby ! tidur dengan rock ? apa kes ? boooo ~ cehh takdelah . tidur pun merupakan salah satu cara ezziey hilangkan stress juga. kebiasaannya bila ezziey tidur , bangun nanti mesti ezziey lupa perkara yang buat ezziey stress tuh. serious wooo . tak tipu ! kadang kadang tuh sampai berjam jam ezziey tidur. bangun bangun je terus berubah mood kembali ceria dan gembira . ewaaah . hahaha LOL

# Third
pasang lagu kuat kuat. yang ni pun mujarab juga. bila stress ezziey akan pasang lagu kuat kuat. tapi ! ezziey takdelah pasang lagu jiwang jiwang. ezziey bukak lagu yang lain dari yang lain. contohnya , lagu hindustan. bagi ezziey lagu hindustan tuh boleh buat senang hati walaupun hakikatnya tak faham pun lagu tuh pasal apa. nak lagi best, tengok dia menari sekali. OMG , badan ni pun automatik menari sekali tau. *hahaha*

# Fourth
keluar dari bilik atau rumah. pergi jeh mana mana tempat yang tak ramai orang. yang jarang ah ezziey buat sebab kat kolej tuh, kat mana je nak pergi kan? paling paling pun lepak kat foyer tuh haa. hahaha. but so far tak pernah pergi sorang sorang. mesti berteman. seram gak nak gi sorang sorang. dapat dapat kalau malam . alahaiii *pejam mata rapat rapat sambil baca ayat Kursi*

# Last
window shopping guys ! hooreeey. dalam semua cara kat atas ni. cara ni lah yang paling berkesan sekali. ada orang kata "PEREMPUAN DAN SHOPPING TAK DAPAT DIPISAHKAN" . 100% setuju. untuk orang yang kurang berkemampuan macam ezziey ni , window shopping jeh dah dapat buat otak ni relax tau. ishhh kalau dapat shopping bertambah tambah relax otak ni ! hihhihi..

so korang yang tengah stress tuh. relax relax. cuba try kaedah yang ezziey bagitau ni. mana tau boleh kurangkan stress korang juga. haaa . korang juga boleh bagitau ezziey cara korang hilangkan stress . kita share share lah. mana tau ezziey boleh try . akhir kata . Assalamualaikum.





Rabu, 5 Disember 2012

Views

Kasih dan Pengorbanan Ibu Bapa


Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.
Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.Dia melahirkan kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya.Semasa kita kecil,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.
Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.






Views

Peluang hanya datang sekali. Ingat!



 
Sehari dua ni hati SANGAT tak tenang bila terfikirkan peluang yang ada depan mata tempoh hari tak digarap. Ya, sungguh aku rasa kesal, sedih. Peluang bukan datang selalu lah Ezziey!!! Nak nak peluang tu berkaitan dengan masa depan kau sendiri. Sigh!

Bengong! Bengong! Bengong!

Astaghfirullahal 'Azhim.

Apa pun, terima kasih atas peringatan kau kawan.

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (2:216)
 
kekadang Dia bagi masa skit je untuk kita berfikir dan kadang-kala peluang sentiasa berada disekeliling kita cuma kita x prasan tentang kewujudannya. menanti yang bukan hak kita. Kekadang kita menyalahkan takdir, menghimpit kita dalam membuat keputusan. Kekadang kita merasakan kita tidak cukup bagus untuk grab peluang itu.... Belum cuba, belum tahu kan?.. Sebenarnya kita yang menentukan keputusan dan hala tuju hidup kita, bukannya parent kita, bukan pointer kita, bukan result SPM kita, bukan member2 kita. It your self!
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Renung-renungkan dan selamat beramal.. Never say Never!