Semua
orang for sure inginkan diriya dihargai terutamanya bila melakukan
sesuatu . Dihargai bukan bererti diberi hadiah ataupun ganjaran namun , ucapan terima kasih disertakan dengan wajah yang ceria sudah cukup membuatkan seseorang tu rasa dirinya dihargai .
Apa-apa
pun macam mana lah dalam hidup ni , tak de orang nak hargai langsung,
malah apa sahaja yang korang buat selalu diremehkan dan dipandang rendah
. Bukan sahaja di kalangan member korang , malah di kalangan keluarga ,
tempat kerja atau kolej korang sering diperkecilkan dan dipandang
rendah .
TIGA cara macam mana nak korang bangkit supaya akan lebih dihargai :)
Tonjolkan kelebihan diri ? Macam mana ? Haa . Korang tu jangan terlalu dengar sangat komen-komen daripada kawan korang yang dirasakan sengaja untuk melemahkan lagi diri korang tu . Boleh jadi korang tak de lah sebagus kawan korang tu namun korang patut berbangga dengan kelebihan yang korang ada . Tapi , jangan lah sampai jadi riak pulak . Paling penting , korang kena ada kemahuan untuk jadi lebih positif .Keterampilan juga mampu meningkatkan keyakinan diri :)
2. Sabar
Walaubagaimanapun , jangan fikir bila keyakinan korang tu dah meningkat , kerja korang dah pun selesai . Tak . Tak . Belum lagi . Korang masih perlu banyak berusaha untuk mengubah diri yang sering diremehkan . Memang bukan semudah yan disangkakan namun korang perlu sabar dalam menjalani proses ini . Korang kena berani untuk ber pendapat ataupun perlu ada inisiatif contohnya jika mengadakan 'reunion' . Cuba beri pengertian kepada pihak yang terlibat sekiranya korang inginkan kesempatan untuk menunjukkan kemampuan diri korang tu .
3. Atasi Dengan Penuh Semangat !
Bila korang sering dipandang rendah , korang tentunya tak dapat lari dengan perasaan tertekan , marah dan tak ada semangat untuk meneruskan hidup . Namun percayalah . Setiap masalah , pasti ada jalan penyelesaiannya . Selagi korang ada semangat untuk berusaha , selagi tu lah ada je jalan untuk korang yang lebih baik dan terus baik . Paling penting , korang jangan lah nak cepat mengalah ! Mungkin pada awalnya , usaha korang tu tak berhasil tapi if korang terus berusaha dan terus berusaha korang pasti akan mencapai setiap matlamat yang korang inginkan iaitu , "rasa dihargai" .
Terima kasih sudi baca :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan