Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan
kita seorang insan yang bernama manusia.Pengorbanan seorang
ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang
dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan ibu bapa kita
merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar
dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan
yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.
Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.Dia melahirkan kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya.Semasa kita kecil,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi
disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia
telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai
masalah dan cabaran kehidupan.Alangkah besarnya pengorbanan yang
dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai
anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan
kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun
sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak
mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak
pada redha ibu-bapa kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan